Managing your energy consumption could be very challenging predominantly during present electricity tariff and escalation of oil & gas prices. With the increasing of other production cost such as raw material and labour, reducing the energy cost may the only way for the company to remain competitive and stay in the business. This blog discusses all related issues in managing your energy consumption efficiently and in a systematic way.

Blog ini membincangkan mengenai sistem pengurusan tenaga dan pengunaan tenaga dengan cekap.

Tuesday, January 4, 2011

Efficient Management of Electrical Energy Regulations 2008 - Suruhanjaya Tenaga

Peraturan 3.Pemakaian
(1) Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi -
(a) mana-mana pepasangan yang menerima tenaga elektrik daripada seseorang pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan dengan jumlah penggunaan tenaga elektrik menyamai atau melebihi 3,000,000 kWh sebagaimana yang diukur pada satu poin pemeteran atau lebih bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan berturut-turut; atau
(b) mana-mana pepasangan yang digunakan, dikerjakan atau dikendalikan oleh seseorang pemegang lesen pepasangan persendirian dengan jumlah bersih penjanaan tenaga elektrik menyamai atau melebihi 3,000,000 kWh bagi  apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan berturut-turut.
Peraturan 6. Pemberitahuan oleh Suruhanjaya
(1) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa melalui notis bertulis, mengarahkan mana-mana pemegang lesen pepasangan persendirian atau pengguna yang jumlah bersih penjanaan tenaga elektrik atau jumlah penggunaan tenaga elektrik, mengikut mana-mana yang berkenaan, menyamai
atau melebihi 3,00,000kWh -
(a)  untuk melantik atau menamakan seorang pengurus tenaga elektrik berdaftar untuk menjalankan fungsi dan kewajipan di bawah peraturan 16 di pepasangan itu;
(b) untuk mengemukakan suatu pengesahan bertulis berkenaan dengan pelantikan kepada Suruhanjaya yang mengandungi nama dan butir-butir mengenai pengurus tenaga elektrik berdaftar
(c) untuk mengemukakan maklumat mengenai -
(i) pernyataan dasar (policy) bagi pengurusan tenaga elektrik dengan cekap
(ii) matlamat (target) pengurusan tenaga elektrik dengan cekap; 
(iii) akaun  dan dokumen berkaitan dengan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap;
Peraturan 16. Fungsi dan kewajipan Pengurus tenaga elektrik berdaftar :
(a) dia hendaklah bertanggungjawab -
(i) untuk mengaudit dan menganalisis jumlah penggunaan tenaga elektrik
(ii) untuk menasihati pemegang lesen pepasangan persendirian atau pengguna dalam membangunkan dan melaksanakan langkah bagi memastikan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap di pepasangan; dan
(iii) untuk memantau keberkesanan pelaksanaan
(b) dia hendaklah menyelia penyimpanan rekod mengenai pengurusan
tenaga elektrik dengan cekap
(c) dia hendaklah memastikan bahawa pemegang lesen  pepasangan persendirian atau pengguna mengemukakan maklumat dan laporan dalam tempoh yang dinyatakan dalam peraturan

No comments:

Post a Comment